Persaudaraan Rahib Swami_Vivekananda

Selepas kematian Sri Ramakrishna,pengikut-pengikutnya kembali kepada kehidupan seharian mereka. Narendra sebaliknya,bertekad untuk menyatukan mereka di bawah bumbung yang sama. Dengan bantuankewangan daripada Surendranath Mitra, sebuah rumah usang disewa di Baranagore.Ia menjadi biara pertama pengikut-pengikut Sri Ramakrishna yang menjadi rahib.Narendra dan beberapa orang pemuda lain melakukan disiplin rohani sepertimeditasi, Japa, nyanyian lagu-lagu suci, mempelajari Veda dan Vedanta dan sebagainya.

Pada 24 Disember 1886, Narendra dan lapan orang saudara segurunya mengambil ikrar rahibdi Antpur. Mereka bertekad untuk hidup demi menyebarkan ajaran Sri Ramakrishna. Peristiwa di Antpur diikuti dengan upacara Viraja Homa yang diadakan di Baranagore. Selepas melakukan Viraja Homa mengikut tradisi rahib Dashanami, Narendra dan saudara-saudara segurunya mengambil ikrar rahib secara formal dan menerima nama baru. Narendra sendiri memilih nama-nama baru mereka. Bagi dirinya sendiri, beliau memilih nama "Swami Vividishananda". Namun, beberapa tahun kemudian, atas permintaan Raja Ajit Singh, pemerintah Khetri, beliau menukar namanya kepada Swami Vivekananda.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974